X-BURN 2010 USM Telah Berjaya Menawan Tiga Pulau, Anda Bila Lagi..?

Sepanjang cuti persekolahan, mahupun saat anda inginkan aktiviti rekreasi yang santai, apakah perkara yang anda gemar lakukan..?
Seperti yang kita sedia maklum, dunia sekarang memerlukan komitmen yang sangat tinggi dalam apa jua pekerjaan yang anda sedang lakukan.
Ada kalanya, pasti kita memerlukan sebarang aktiviti rekreasi yang santai untuk menenangkan fikiran sekaligus sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dipikul.

Jadi, dengan ini kami hadir dengan satu aktiviti rekreasi santai yang pasti disukai ramai iaitu BERKAYAK..!!

Salah satu projek ekspedisi berkayak yang diadakan baru-baru ini ialah
X-BURN 2010. Memang MELETOPPP..!!
X-BURN 2010 merupakan salah satu aktiviti anjuran Kelab Rekreasi Unisains (KRU) daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ekspedisi X-BURN 2010 ini berlangsung selama tiga hari dua malam dan bermula dari Pantai Merdeka ke Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Song-Song.
Mungkin anda tak dapat nak bayangkan..?
Jadi, kami tampilkan gambar rajah perjalanan ekspedisi di sini.


Seperti yang dibayangkan, ekspedisi berkayak sebegini pasti memerlukan kekuatan mental dan fizikal secara menyeluruh.
Hasilnya, seramai 35 peserta yang cantik molek dan kacak macho daripada USM ini telah berjaya menawan TIGA pulau yang cantik di sekitar daerah Kuala Muda berhampiran Pantai Merdeka, Kedah.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengikuti ekspedisi ini serta diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.
Kita jumpa lagi di lain projek ye..!!!


Sebelum berakhir,
kami sajikan anda dengan gambar menarik sepanjang ekspedisi diadakan.

Para peserta khusyuk mendengar taklimat sebelum ekspedisi dimulakan.

Berhempas-pulas, berganding bahu dan berhati cekal untuk berjaya sampai ke destinasi yang dituju.

Santai berehat setibanya di Pulau Bidan. Wajah keriangan tampak jelas di wajah meskipun kepenatan yang tak terhingga.

Indah sungguh pemandangan matahari terbit di Pulau Bidan.

"Biar lambat, asalkan selamat"
Keselamatan anda, tanggungjawab kami.

Sempat lagi nampak gayanya. Wajah keriangan jelas terpancar.

Kayak tersadai indah di Pulau Song-Song.

Semangat membara-bara...!!

Kenangan terakhir sebelum para peserta berangkat pulang ke USM.


Mereka sudah buktikan..!! Anda bila lagi..?

Anda tidak pernah mempunyai pengalaman berkayak sebelum ini..?
Jangan risau..! Jangan khuatir..!
Kami sedia membantu anda.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila tinggalkan komen anda di bawah.
Terima Kasih kerana sudi membaca.

1 comments :

  1. Izyanti said...

    MELETOOPPPPPSS sangat-sangat. Lain kali nak join lagi. hehe.